Ramadhan Mubaarak

Ramadhan Mubaarak buat semua ahli Persatuan al-Amin. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan dalam hidup kita insyaALLAH.

Rabu, 5 Jun 2013

Penerangan Sejarah Susurgalur Keluarga Al-Aydarus



| Aktiviti: Majlis Ilmu - Sejarah Susurgalur Keluarga Al-Aydarus 
| Tarikh: 5hb Jun 2013
| Masa: 9.15 malam
| Tempat: Balairaya Kampung Tokku

Satu majlis ilmu telah dianjurkan bagi memberi penerangan tentang sejarah susurgalur keluarga Al-Aydarus (Idrus) yang bermula dari Hadralmaut, Yaman. Penerangan telah diberikan oleh al-fadhil Ustaz Syed Fadhil Bin Syed Omar, Ketua Penerangan Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu. Seramai lebih 50 hadirin telah datang mendengar penerangan yang turut diselang-selikan dengan tayangan video dan juga sesi soal jawab.