Ramadhan Mubaarak

Ramadhan Mubaarak buat semua ahli Persatuan al-Amin. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan dalam hidup kita insyaALLAH.

Selasa, 31 Julai 2012

15 Tahun Dahulu

Keratan akhbar mengenai aktiviti al-Amin di Harian metro, pada 22 September 1997: Klik untuk paparan lebih besar Persatuan Al-Amin pada ketika itu aktif dalam menjalankan aktiviti majlis ilmu dengan menjemput penceramah-penceramah terkenal dari Malaysia dan Indonesia. Program sebegitu bukan saja mendapat sambutan yang baik dari kalangan AhlulBait yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu, bahkan ada yang datang dari Dungun untuk turut serta...

Ahad, 29 Julai 2012

Sejarah Masjid Tokku

Masjid Kampung Tokku Bangunan Masjid Kampung Tok Ku terletak kira-kira 0.5 (½) kilometer dari Pekan Cabang Tiga dan kira-kira 3 kilometer sahaja dari Bandar Kuala Terengganu. Asalnya adalah sebuah surau yang diasaskan oleh Syed Muhammad bin Zainal Abidin Al Idrus atau dikenali ketika itu dengan panggilan ‘ Tok Ku Tuan Besar’. Dari semasa ke semasa bangunan ini diperbesarkan menjadi masjid, iaitu dibina dari bahan-bahan kayu dan batubata...

Sabtu, 21 Julai 2012

Peranan AhlulBayt di Terengganu

Sila klik pada rajah bagi paparan yang lebih besar Peranan ulama Terengganu yang paling menonjol pada akhir abad ke-19 ialah dari keturunan Sayyid al-Idrus yang datang menetap pada akhir abad ke-18. Keturunan ini amat berpengaruh baik di dalam pentadbiran mahupun di dalam kemasyarakatan dan amat rapat hubungannya dengan keluarga Diraja Terengganu. Antara mereka yang menghasilkan persuratan ialah seperti Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin...

Jumaat, 20 Julai 2012

Pesanan Ramadhan buat AhlulBayt

| Aktiviti: Majlis Ilmu - Pesanan Ramadhan buat AhlulBayt | Tarikh: 19hb Julai 2012 | Masa: 9.15 malam | Tempat: Balairaya Kampung Tokku  |  Satu majlis ilmu telah dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia sempena sambutan Ramadhan tahun ini (1433H). Tokoh ahlulBayt yang pernah menetap di Terengganu, al-Habib Dr Syed Abd Hamid al-Mahdaly, pensyarah dari sebuah universiti terkemuka di Brunei telah...

Mengenali Ba'Alawi

Ba 'Alawi ialah gelaran yang diberi kepada mereka yang bersusur-galur daripada Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir. Ahmad bin Isa Al-Muhajir telah meninggalkan Basrah di Iraq bersama keluarga dan pengikut-pengikutnya pada tahun 317H/929M untuk berhijrah ke Hadhramaut di Yaman Selatan. Cucu Ahmad bin Isa yang bernama Alawi, merupakan orang pertama yang dilahirkan di Hadralmaut. Oleh itu anak-cucu Alawi digelar Ba 'Alawi, yang...

Sabtu, 14 Julai 2012

Gotong Royong Sempena Ramadhan 1433H

| Aktiviti: Gotong Royong sempena Ramadhan 1433H  | Tarikh: 13hb Julai 2012 | Masa: 9.00 pagi | Tempat: Makam Lama dan Makam Masjid Tokku |  AlhamduliLLah, Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia telah berjaya menganjurkan program Gotong Royong sempena Ramadhan 1433H, bagi membersihkan kawasan kubur Makam Lama dan kubur Masjid Tokku pada 13 Julai 2012 yang lalu. Program...

Khamis, 12 Julai 2012

Aluan Pengerusi

Assalaamualaikum wbt, AlhamduliLLAHi nahmaduhu wa nasta'inuhu wa nastaghfiruhu wanu'minubihi wa natawakkalu 'alaih, Wa na'uzubiLLAHi min shururi anfusina wa min sayyi'aati a'amalina, Man yahdihiLLAHu fala mudhillalahu, wa man yudlilhu fala haadiyalah. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadhrat Allah kerana diberikan peluang kepada saya untuk mencoretkan sesuatu diruangan ini. Bagi pihak diri saya dan AJK yang baru dilantik kami ingin merakamkan...