Sila klik pada rajah bagi paparan yang lebih besar |
Peranan ulama Terengganu yang paling menonjol pada akhir abad ke-19 ialah dari keturunan Sayyid al-Idrus yang datang menetap pada akhir abad ke-18. Keturunan ini amat berpengaruh baik di dalam pentadbiran mahupun di dalam kemasyarakatan dan amat rapat hubungannya dengan keluarga Diraja Terengganu. Antara mereka yang menghasilkan persuratan ialah seperti Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin (Tokku Tuan Besar), Sayyid Abdul Rahman bin Muhammad (Tokku Paloh) dan Sayyid Ahmad (Tokku Melaka).
Manakala yang lain menjawat jawatan yang penting di dalam pemerintahan di Terengganu antaranya Sayyid Muhammad Zainal Abidin (Sayyid Zain) yang menjawat jawatan Perdana Menteri - bergelar Engku Sayyid Seri Perdana pada zaman pemerintahan Sultan Omar. Demikian Sayyid Mustaffa (Tokku Tuan Dalam) menjawat jawatan ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat oada zaman Sultan Zainal Abidin III. Dari segi jawatan, ulama-ulama seperti Tokku Tuan Besar sendiri menjadi Syeikh al-Ulama pada zaman Sultan Omar, demikian juga anaknya Tokku Paloh yang menjadi Syeikh al-Ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.
Dari segi persuratan, pertengahan bahagian kedua abad ke-19 merupakan era yang paling pesat dengan perkembangan persuratan Islam baik yang bersifat keilmuan mahupun bersifat kesusasteraan. Peranan ini dimainkan oleh keturunan al-Idrus. Lantaran mereka merupakan kalangan terpelajar pada zaman tradisi lagi. Tiga tokoh utama di dalam bidang persuratan ialah Tokku Tuan Besar, Tokku Paloh dan Tokku Melaka.
Meskipun mereka tidak mendirikan institusi pengajian khusus - seperti pengajian pondok sebagaimana dilakukan oleh beberapa ulama lain sezaman mereka - tetapi mereka bersama menyemarakkan perkembangan keilmuan di Terengganu pada setengah akhir abad ke-19 denga karangan-karangan yang dihasilkan dan kitab-kitab karangan mereka. Yang lebih mengistimewakan mereka menanamkan pendidikan menerusi unsur sastera.
Tokku Tuan Besar
Tokku Tuan Besar mendapat didikan daripada Syeikh Abdul Kadir Bikut Bayas, Kuala Terengganu, serta dari ulama-ulama di Patani, sebelum menyambung pengajian di Mekah. Selepas pulang dari Mekah, beliau telah mengajar di Chabang Tiga secara pengajaran di surau (kini dikenali Masjid Tokku Tuan Besar) yang dihadiri oleh pelajar-pelajar tempatan dan dari luar negeri. Pengajaran yang disampaikannya meliputi bidang-bidang usuluddin, fiqh, tasauf, nahu, saraf, tafsir, hadis sejarah dan sastera.
Masjid Tokku Tuan Besar |
- Kanz al-Ula' (Tentang RasuluLLah)
- Jawahir al-Saniyyah (aqiqah)
- Sirah al-Nabawiyyah (sifatan) - Sejarah
- Tahliyat al-Wildan (Fiqh)
- Al-Durrat al-Fakhirat (aqidah)
Karangan-karangan yang lain di dalam bentuk nathar ialah:
- Targhib al-Sibyan fi Hifz 'Aqa'id al-Imam
- Diya' Uqud al-Durratayn fi tarjamat Kalimatay al-Shahadatayn (2 kalimat Syahadah)
- Mukhtasar
- Sullam al-Tawfiq
Puisi-puisi dan prosa Tokku Tuan Besar bersifat pendidikan yang menekankan persoalan aqidah - mengenali ALLAH dan mengeai RasuluLLah saw. dan memahami aturan-aturan syariat untuk dipegang dan diamalkan di dalam kehidupan harian. Penggunaan bentuk-bentuk puisi nazam di dalam penulisan ialah untuk menarik perhatian - terutama anak-anak muda - yang biasanya lebih tertarik kepada keindahan seninya dan tidak secara langsung pula tertarik kepada pengajarannya.
Tokku Melaka
Tokku Melaka tidak kurang pentingnya di dalam menghasilkan penulisan-penulisan. Beliau merupakan angkatan sezaman dengan Tokku Paloh. Bahkan Tokku Paloh mengahwini anak beliau iaitu Tuan Nik. Beliau telah menghasilkan jenis-jenis penulisan berikut:
- Penulisan yang berhubung dengan perubatan iaitu Mujarrabat al-Fawa'id yang disalinnya dari karangan berbahasa Arab iaitu al-Fawa'id fi as-Salat wa al-Awa'id dan Fath al-Malik al-Majid.
- Kitab Husul al-Najah fi Ahkam al-Nikah yang berhubung dengan persoalan perundangan nikah.
- Hikayat al-Ikhwan tamat disusun Zulhijjah 1308H. Mengenai aqidah.
- Ta'rif al-Khullan fi Tajwid al-Quran mengenai tajwid dan kelebihan al-Quran.
- Tanbih al-Ghafilin di dalam bahasa Arab yang menerangkan tentang kelebihan junjungan besar RasuluLLah saw.
- Targhib al-Ibid fi Qira'i Ratib al-Haddad berkenaan wirid yang tamat dikarang pada 1301H.
Tokku Melaka nampaknya lebih berpelbagai di dalam menghasilkan karangan-karangannya termasuklah di dalam bidang perubatan. Beliau juga dikatakan menghasilkan puisi-puisi nazam di dalam bahasa Melayu.
Tokku Paloh
Puncak dari penghasilan persuratan pada penghujung abad ke-19 ialah karangan yang dihasilkan oleh Tokku Paloh. Adalah tidak diketahui dengan jelas berapakan jumlah hasil karangan beliau. Beliau mendapat pelajaran awalnya dengan bapanya sendiri. Kemudian dengan ulama terkenal di Terengganu iaitu Haji Wan Abdullah bin Mohd Amin, atau lebih dikenali sebagai Tok Syeikh Duyung. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya di Mekkah yang mana di sana beliau belajar dengan ulama terkenal seperti Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Sayyid Abdullah Ali al-Zawawi dan Saidi Muhammad Madzhar al-Ahmadi. Beliau mendalami bidang Tasauf, Usuluddin, Fiqh, Tafsir, Hadis dan ilmu-ilmu berhubung dengan bahasa Arab. Di antara semua bidang yang dipelajarinya, Tokku Paloh lebih meminati ilmu Tasauf.

Masjid Tokku Paloh |
Sekembalinya ke Terengganu dari Mekah, pada permulaannya beliau telah mengajar di surau ayahnya di Chabang Tiga, kini menjadi Masjid Kampung Tokku. Kemudiannya beliau telah berpindah menetap di Kampung Paloh, 5 batu dari Kuala Terengganu. Di sini beliau telah mendirikan surau sebagai pusat pengajarannya. Pengajarannya menarik minat masyarakat hingga dikatakan ada antara muridnya yang datang dari Pahang dan Kelantan. Antara muridnya ialah Sultan Zainal Abidin III yang mana beliau menjadi Syeikh al-Ulama pada zaman pemerintahan baginda, Haji Abdul Rahman Limbong yang terlibat mengepalai kebangkitan Melayu di Hulu Terengganu, Tok Janggut atau Lebai Abdul Rahman yang berasal dari Patani, Sayyid-Sayyid yang seketurunan dengannya dan lain-lain lagi.
Di dalam pengajarannya beliau telah mengajar berbagai bidang ilmu yang pernah dipelajarinya dahulu termasuklah dari karangan ayahandanya sendiri termasuk Targhib al-Sibyan fi Hifz 'Aqa'id al-Iman dan Diya' 'Uqud al-Durratayn fi Tarjamat Kalimat al-Shahadatayn. Namun begitu bidang yang amat diminatinya dan yang paling banyak menarik pelajar-pelajar datang belajar dengannya ialah ilmu Tasauf. Dari karangan-karangan Tasauf yang digunakan di dalam pengajaran dan dari kuliah-kuliah yang disampaikannya, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah kitab Tasauf yang tinggi nilainya yang diberi judul Ma'arij al-Lahfan yang bermaksud 'Peningkatan Orang yang Lapar'. Kitab ini merupakan titik kedua pentingnya di dalam penghasilan kitab Tasauf di Terengganu iaitu selepas karangan Hikam Melayu oleh Syeikh Abdul Malik. Ma'arij al-Lahfan bolehlah dianggap sebuah persuratan yang penting terhasil di hujung abad ke-19 menutupi zaman tradisi menjelang campurtangan Inggeris di Terengganu.
Sumber Rujukan:

Misbaha, Perkembangan Penulisan dan Pengarang-pengarang Terengganu Sebelum Perang Dunia Kedua. Pesaka. Kuala Terengganu. Muzium Negeri Terengganu, 1983.
Mohamad bin Abu Bakar. Sayyid Abdul Rahman bin Muhammad al-Idrus (Tokku Paloh). Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. Persatuan Sejarah Malaysia. 1979.
Mohammad bin Abu Bakar. Riwayat Hidup Tokku Paloh Anakanda Tokku Tuan Besar. Cenderamata Memperingati Tokoh Ulama Silam ke-VI. Fakulti Pengajian Islam, UKM. 1981.
Disusun oleh: SAH
السلام عليكم،
BalasPadamTerdapat kesilapan pada rajah dan foto maqam,mohon diperbetulkan
Terima kasih atas teguran. Telah diperbetulkan. Maaf atas kesilapan.
Padam