Ramadhan Mubaarak

Ramadhan Mubaarak buat semua ahli Persatuan al-Amin. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan dalam hidup kita insyaALLAH.

Ahad, 26 Ogos 2012

MBKT disaran namakan 2 jalan sebagai Jalan Al-Idrus dan Al-Amin

KUALA TERENGGANU, 25 Ogos 2012 - Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu hari ini menyarankan agar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menamakan dua batang jalan di kampung Cabang Tiga di sini sebagai Jalan Al-Idrus dan Jalan Al-Amin.Yang Dipertuanya Engku Mohd Afandi Engku Dalam Ahmad berkata syor itu bersandarkan kepada sejarah tempatan kerana lokasi kedua-dua jalan merupakan tapak penempatan keluarga syed keturunan Al-Idrus."Walaupun penduduk...

Rabu, 22 Ogos 2012

Persatuan Al-Amin Terengganu Sokong JPN Larang Pemakaian Gelaran Keturunan Sewenangnya

KUALA TERENGGANU, 22 Ogos (Bernama) -- Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu, yang mewakili keturunan Syed, menyambut baik langkah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melarang pemakaian gelaran keturunan pada pangkal nama dengan sesuka hati oleh mana-mana pihak tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan JPN. Yang Dipertua persatuan itu Engku Mohd Afandi Engku Dalam Ahmad berkata pihaknya menyokong penuh langkah yang ditetapkan JPN itu kerana terdapat...

Selasa, 21 Ogos 2012

Pemakaian Gelaran Keturunan Tidak Boleh Dibuat Sesuka Hati - JPN

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Pemakaian gelaran keturunan pada pangkal nama tidak boleh dibuat sesuka hati oleh mana-mana pihak, sebaliknya perlu mengikut peraturan yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan persatuan berkaitan. Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said berkata semua gelaran seperti Tunku, Tengku, Raja, Wan dan Megat hanya boleh dipakai oleh individu yang layak. "Penamaan gelaran adalah berdasarkan kepada gelaran...