Ramadhan Mubaarak

Ramadhan Mubaarak buat semua ahli Persatuan al-Amin. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan dalam hidup kita insyaALLAH.

Rabu, 5 Jun 2013

Penerangan Sejarah Susurgalur Keluarga Al-Aydarus

| Aktiviti: Majlis Ilmu - Sejarah Susurgalur Keluarga Al-Aydarus  | Tarikh: 5hb Jun 2013 | Masa: 9.15 malam | Tempat: Balairaya Kampung Tokku Satu majlis ilmu telah dianjurkan bagi memberi penerangan tentang sejarah susurgalur keluarga Al-Aydarus (Idrus) yang bermula dari Hadralmaut, Yaman. Penerangan telah diberikan oleh al-fadhil Ustaz Syed Fadhil Bin Syed Omar, Ketua Penerangan Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu....

Selasa, 1 Januari 2013

Siapa Tokku Tuan Besar?

GOLONGAN Syed al-Idrus yang berada di Terengganu adalah berasal dari Hadramaut melalui zuriat Syed Muhammad bin Ahmad al-Idrus atau lebih dikenali dengan nama Tok Makam Lama. Keturunannya sangat dihormati oleh masyarakat setempat kerana ilmu agamanya yang tinggi, kepandaian menyelesaikan masalah, memiliki adab dan akhlak terpuji serta rapat dengan pihak istana melalui perkahwinan.Tok Makam Lama telah menetap dan mengajar agama Islam di negeri...