Ramadhan Mubaarak

Ramadhan Mubaarak buat semua ahli Persatuan al-Amin. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan dalam hidup kita insyaALLAH.

Rabu, 5 Jun 2013

Penerangan Sejarah Susurgalur Keluarga Al-Aydarus

| Aktiviti: Majlis Ilmu - Sejarah Susurgalur Keluarga Al-Aydarus  | Tarikh: 5hb Jun 2013 | Masa: 9.15 malam | Tempat: Balairaya Kampung Tokku Satu majlis ilmu telah dianjurkan bagi memberi penerangan tentang sejarah susurgalur keluarga Al-Aydarus (Idrus) yang bermula dari Hadralmaut, Yaman. Penerangan telah diberikan oleh al-fadhil Ustaz Syed Fadhil Bin Syed Omar, Ketua Penerangan Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu....

Selasa, 1 Januari 2013

Siapa Tokku Tuan Besar?

GOLONGAN Syed al-Idrus yang berada di Terengganu adalah berasal dari Hadramaut melalui zuriat Syed Muhammad bin Ahmad al-Idrus atau lebih dikenali dengan nama Tok Makam Lama. Keturunannya sangat dihormati oleh masyarakat setempat kerana ilmu agamanya yang tinggi, kepandaian menyelesaikan masalah, memiliki adab dan akhlak terpuji serta rapat dengan pihak istana melalui perkahwinan.Tok Makam Lama telah menetap dan mengajar agama Islam di negeri...

Khamis, 18 Oktober 2012

Agihan Bantuan Anak Yatim

| Aktiviti: Agihan Bantuan Anak Yatim | Tarikh: Oktober 2012 Sempena Hari Raya AidilAdha 1433H, AJK Persatuan Al-Amin telah mengagihkan bantuan kepada anak-anak yatim AhlulBait seluruh negeri Terengganu pada bulan Oktober 2012. Seramai 44 orang anak yatim telah dikenalpasti dan diberikan sumbangan sebanyak RM100 seorang (namun tidak melebihi RM300 satu keluarga). Sejumlah RM3000 telah dibelanjakan oleh pihak persatuan bagi tujuan ini. Sila...

Khamis, 27 September 2012

Cadangan Nama Penerima Bantuan Raya Korban

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Al-Amin akan menguruskan pengagihan Bantuan Hari Raya Korban tidak lama lagi, khusus buat Anak Yatim, Ibu Tunggal dan Fakir Miskin dari kalangan AhlulBait Terengganu. Bagi tujuan itu, kami memohon jasabaik tuan/puan untuk mencadangkan nama-nama penerima bantuan yang tuan/puan tahu/tinggal berdekatan, untuk disemak dengan senarai yang telah sedia ada. Sila isi maklumat penerima bantuan di bawah ini...

Sabtu, 15 September 2012

Majlis Sambutan Aidilfitri AhlulBayt Terengganu

| Aktiviti: Majlis Ilmu - Pesanan Ramadhan buat AhlulBayt  | Tarikh: 15hb September 2012 | Masa: 9.00 pagi | Tempat: Muzium Losong, Terengganu  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri AhlulBayt 1433H telah julung kalinya dianjurkan secara bersama dengan Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Negeri Terengganu. Majlis yang menelan belanja lebih RM9,000 ini telah mendapat dana melalui sumbangan ahli serta tokoh korporat dari seluruh...

Jumaat, 14 September 2012

Persatuan Al-Amin kecam filem hina Nabi Muhammad SAW

KUALA TERENGGANU: Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu hari ini mengecam keras pembikinan serta penyebaran filem menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW dan menyifatkan perbuatan provokasi pembuat filem itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Setiausahanya, Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah berkata, pada masa yang sama, persatuan itu juga menolak sekeras-kerasnya tindakan ganas terhadap pihak tidak bersalah sebagai...

Ahad, 26 Ogos 2012

MBKT disaran namakan 2 jalan sebagai Jalan Al-Idrus dan Al-Amin

KUALA TERENGGANU, 25 Ogos 2012 - Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu hari ini menyarankan agar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menamakan dua batang jalan di kampung Cabang Tiga di sini sebagai Jalan Al-Idrus dan Jalan Al-Amin.Yang Dipertuanya Engku Mohd Afandi Engku Dalam Ahmad berkata syor itu bersandarkan kepada sejarah tempatan kerana lokasi kedua-dua jalan merupakan tapak penempatan keluarga syed keturunan Al-Idrus."Walaupun penduduk...