| Aktiviti: Majlis Ilmu - Pesanan Ramadhan buat AhlulBayt
| Tarikh: 15hb September 2012
| Masa: 9.00 pagi
| Tempat: Muzium Losong, Terengganu
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri AhlulBayt 1433H telah julung kalinya dianjurkan secara bersama dengan Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Negeri Terengganu. Majlis yang menelan belanja lebih RM9,000 ini telah mendapat dana melalui sumbangan ahli serta tokoh korporat dari seluruh negara. Sejumlah RM4,995.00 telah berjaya dikutip oleh pihak AJK Al-Amin manakala selebihnya ditanggung oleh Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia. Sila rujuk mukasurat 8 bagi melihat senarai penyumbang. Majlis ini telah berlangsung dengan meriah di Muzium Losong, Negeri Terengganu. Pelbagai acara menarik termasuk tazkirah syawal, persembahan Qasidah serta cabutan bertuah telah berjaya menarik lebih 800 tetamu yang hadir dari seluruh pelusuk negara.
0 ulasan:
Catat Ulasan