Ramadhan Mubaarak

Ramadhan Mubaarak buat semua ahli Persatuan al-Amin. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan dalam hidup kita insyaALLAH.

Khamis, 27 September 2012

Cadangan Nama Penerima Bantuan Raya Korban

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Al-Amin akan menguruskan pengagihan Bantuan Hari Raya Korban tidak lama lagi, khusus buat Anak Yatim, Ibu Tunggal dan Fakir Miskin dari kalangan AhlulBait Terengganu. Bagi tujuan itu, kami memohon jasabaik tuan/puan untuk mencadangkan nama-nama penerima bantuan yang tuan/puan tahu/tinggal berdekatan, untuk disemak dengan senarai yang telah sedia ada. Sila isi maklumat penerima bantuan di bawah ini...

Sabtu, 15 September 2012

Majlis Sambutan Aidilfitri AhlulBayt Terengganu

| Aktiviti: Majlis Ilmu - Pesanan Ramadhan buat AhlulBayt  | Tarikh: 15hb September 2012 | Masa: 9.00 pagi | Tempat: Muzium Losong, Terengganu  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri AhlulBayt 1433H telah julung kalinya dianjurkan secara bersama dengan Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Negeri Terengganu. Majlis yang menelan belanja lebih RM9,000 ini telah mendapat dana melalui sumbangan ahli serta tokoh korporat dari seluruh...

Jumaat, 14 September 2012

Persatuan Al-Amin kecam filem hina Nabi Muhammad SAW

KUALA TERENGGANU: Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu hari ini mengecam keras pembikinan serta penyebaran filem menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW dan menyifatkan perbuatan provokasi pembuat filem itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Setiausahanya, Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah berkata, pada masa yang sama, persatuan itu juga menolak sekeras-kerasnya tindakan ganas terhadap pihak tidak bersalah sebagai...